
Setiap Ahad (9:05 malam) Kisah mengenai La, So dan Fa yang mengurus sebuah resort yang dikenali sebagai Resort Aloha dengan isteri masing-masing. Saksikan pelbagai ragam orang dan insiden yang mereka temui di resort tersebut. Lakonan Syawal Ruslan, Cat Farish, Shajiry Damirey, Eyzendy Aziz, Zizie, Aisyah dan Ayda Jebat.

Setiap Hari Rabu (1.05petang) Saksikan rancangan hiburan muzikal secara langsung dari Foyer Wisma TV, Angkasapuri, eksklusif untuk anda!

Setiap Hari Jumaat 5.00 petang Rancangan minggu ini membawa para penonton ke Penempatan Portugis di Melaka dimanan terdapatnya Perkampungan Portugis yang menyimpan sejarah dan artifak peninggalan bangsa Portugis. Dihoskan oleh Elvydina, Siti Norazlin dan Rozzer Achong.

Setiap Hari Ahad 10.00 malam Sebuah rancangan realiti yang mencungkil bakat peserta dalam bidang lakonan, nyanyian dan permainan alat muzik. Para peserta bertanding secara berpasangan di hadapan juri Dr. Zubin Mohamad dan Fairuz Hussein. Dihoskan oleh Juril Jumali dan Eyra Hazali.

Setiap Hari Isnin, Selasa & Rabu 6:05 Petang Kisah mengenai seorang ibu yang mencari anaknya yang ditinggalkan dibawah jagaan jirannya sejak bayi lagi apabila terpaksa berhijrah ke bandar untuk menyara hidupnya seorang diri. Lakonan Memey Suhaiza, Jalhal Harith, Tony Eusoff, Bella Yusof, Ramlie Salleh dan Mandy Chong.